Sabtu, 28 Mei 2011

study masyarakat indonesia

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN KURIKULUM. BINCANGKAN PENDAPAT DAN PANDANGAN PAKAR- PAKAR TENTANG KURIKULUM Mohd Asnawi Satdimin Md Shufian Awang Avelyn Siang Nur Atiqah Basri Jabatan Kemahiran Hidup Fakulti Teknik Dan Vokasional Universiti Pendidikan Sultan Idris (18 hb Oktober 2010) ABSTRAK Penulisan ini dilakukan bertujuan untuk mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan kurikulum. Definisi kurikulum menurut kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ialah kurikulum merupakan segala rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah atau institusi pendidikan untuk mencapai matlamat pendidikan. Ia adalah suatu rancangan yang meliputi segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai-nilai dan norma, unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan masyarakat untuk diperturunkan kepada ahli-ahlinya. Menurut pandangan Neagley & Evans, 1992; kurikulum bermaksud semua pengalaman yang dirancang dan dikemukakan oleh pihak sekolah. Selain itu, terdapat juga perbincangan pendapat dan pandangan pakar- pakar mengenai kurikulum. Penulisan ini juga telah membincangkan mengenai definisi kurikulum, pendapat dan pandangan pakar berserta tokoh atau pengkaji berkaitan kurikulum. Antara lain, kajian ini juga membincangkan tentang kurikulum secara umum di Malaysia. Terdapat juga perbincangan secara umum mengenai kurikulum awal kanak- kanak di Malaysia. PENGENALAN Kurikulum pendidikan merupakan satu wadah penting dalam menjana anjakan paradigma dalam diri setiap individu dan ia juga memainkan peranan penting untuk melahirkan insan deduktif yang dinamik dalam semua aspek kehidupan (Mastura Badzis, 2008). Secara umumnya, pendidikan selalu dikaitkan dengan proses pengajaran dan pembelajaran sesuatu kemahiran, penyampaian ilmu dan juga penerapan nilai. Dalam bentuk yang praktikal, hasil pendidikan seharusnya dapat melahirkan insan yang mampu mengaplikasi ilmu yang dipelajari dan memanfaatkan kemahiran yang dimiliki dalam kehidupan seharian. Dalam konteks kanak-kanak, pendidikan perlu dilihat sebagai satu proses kognitif yang berterusan berkembang serentak dengan perkembangan individu seorang kanak-kanak yang mempelajari apa sahaja yang ada di persekitaran. Dengan adanya ‘ilmu’ atau kemahiran yang diperoleh, ia akan diaplikasikan dalam konteks persekitaran yang pelbagai samada dalam kehidupan sehariannya di ketika itu ataupun sebagai persediaan untuk kehidupannya di masa akan datang (Department of Education and Science, 1990). DEFINISI KURIKULUM Definisi kurikulum oleh kementerian Pendidikan Malaysia ialah kurikulum merupakan segala rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah atau institusi pendidikan untuk mencapai matlamat pendidikan. Ia suatu rancangan yang meliputi segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai- nilai dan norma, unsur- unsur kebudayaan dan kepercayaan masyarakat untuk diperturunkan kepada ahli- ahlinya. Semua pengalaman yang dirancang dan dikemukakan oleh pihak sekolah (Neagley & Evans, 1992). Semua pengalaman pembelajaran yang diorganisasikan untuk pelajar- pelajar pada setiap peringkat dalam institusi pendidikan. (Abdullah Mohd Noor & Ahmad Jaffin Hassan, 1992 dalam Zaini B. Abdullah, Falsafah dan Kurukulum Pendidikan). Terdapat juga pendapat daripada beberapa pakar yang menyatakan bahawa kurikulum sebagai usaha. Usaha menyeluruh yang dirancang oleh pihak sekolah untuk membimbing murid memperoleh hasil pembelajaran yang telah ditentukan. (Inlow, 1976). Menyampaikan prinsip dan unsur utama sesuatu usul pendidikan dalam keadaan yang terbuka kepada penelitian kritis dan boleh dikemukakan dengan berkesan secara praktik. (Stenhouse, 1975). Terdapat juga pendapat dari sesetengah pakar yang mendefinisikan kurikulum sebagai rancangan di peringkat sekolah dan dalam bidang pendidikan. Kurikulum ialah semua pembelajaran yang dirancang dan dibimbing oleh sekolah. (Kerr, 1968 dalam Zaini B. Abdullah, Falsafah dan Kurikulum Pendidikan). Kurikulum ialah rancangan yang menyediakan kesempatan pembelajaran bagi memperoleh pelbagai tujuan menyeluruh dan objektif spesifik yang berkaitan dengannya. Rancangan ini di bina oleh pusat persekolahan untuk sesuatu populasi murid sekolah. (Saylor & Alexander, 1974). Selain itu, terdapat juga definisi yang menyatakan bahawa kurikulum sebagai unsur kebudayaan. Kurikulum ialah pilihan daripada berbagai- bagai unsur budaya yang terdiri daripada ciri sejagat, nilai am dan aspek khusus sesuatu budaya. (Burtonwood, 1986). PENDAPAT DAN PANDANGAN PAKAR, TOKOH ATAU PENGKAJI BERKAITAN KURIKULUM Menurut Robert S. Zais (1976), mengusulkan kurikulum sebagai kesatuan yang tidak dapat dikesan tetapnya. Kesatuan ini terdiri daripada integrasi empat komponen iaitu tujuan, isi, aktiviti dan penilaian. Tiap-tiap komponen kurikulum berhubungan antara satu dengan yang lain seperti serpihan teka-teki (puzzle) yang mesti dipadankan dengan tepat untuk mengeluarkan kurikulum yang tidak dapat dilihat bentuknya. Model ini secara keseluruhannya menunjukkan bahawa sistem logik dalaman kurikulum adalah berdasarkan andaian falsafah yang menapis berbagai-bagai unsur dasar yang lain untuk mempengaruhi kurikulum dan komponennya. Menurut J.I Goodlad (1966), memberikan pandangan dengan mengusulkan bahawa perancangan kurikulum dilakukan menerusi proses penilaian dan pemerolehan yang bersifat rasional. Budaya terdiri daripada pengetahuan melalui penyelidikan saintifik dan juga kebijaksanaan lazim iaitu ilmu pengatahuan yang diketahui umum kerana telah diwarisi ataupun diperoleh daripada penyelidikan. Nilai budaya diperoleh dan dinilai untuk dikemukakan sebagai matlamat pendidikan. Seterusnya matlamat pendidikan diperoleh dan dinilai untuk dikemukakan sebagai objektif am pendidikan. Akhirnya objektif am pendidikan diperoleh dan dinilai untuk dikemukakan sebagai objektif spesifik pendididkan. Bersama-sama dengan objektif am diadakan kesempatan pembelajaran (KP) dan bersama-sama dengan objektif spesifik diwujudkan pusat penyusun (PP). Pengetahuan sentiasa berkembang sehingga perlu diajarkan kepada kumpulan demi kumpulan pelajar. Lantaran itu kurikulum bergerak dinamik merentasi masa. Berdasarkan pandangan Saylor dan Alexander (1974), menyatakan bahawa sistem kurikulum bagi memperoleh murid sebagai input ke dalam kesempatan pembelajaran yang dibina melalui kurikulum. Kurukulum ialah rancangan tentang kesempatan pembelajaran untuk mencapai matlamat am pendidikan dan objektif spesifik yang berkaitan. Rancangan ini dikelaskan menurut bidang. Tiap-tiap bidang mempunyai rancangan tentang reka bentuk kurikulum, mod instruksi dan proses penilaian. Rancangan dalan bidang tersebut menduga wujud kemajuan murid yang dinilai dan dijadikan maklum balas terhadap murid sebagai unsur input, matlamat dan objektif serta bidang. Matlamat dan objektif dibina berdasarkan data tentang ilmu pengetahuan, matlamat dan nialai social, permintanan murid dan proses pembelajaran. Seterusnya semua ini dipengaruhi oleh pembolehubah luaran, contohnya keperluan undang-undang. Saylor & Alexander juga menghuraikan satu sistem kurikulum yang dinamai subsistem perancangan kurikulum. Subsistem ini melibatkan pengembangan, pengesanan dan penilaian rancangan kurikulum sepenuhnya. Sistem kurikulum mengeluarkan rancangan kesempatan pembelajaran untuk mencapai tujuan pendidikan yang dilonggokan menjadi berbagai-bagai bidang. Beberapa pemboleh ubah luaran kurikulum mempengaruhi pembinaan rancangan untuk setiap bidang. Subsistem perancangan kurikulum merupakan unsur yqng mengekalkan, mengembangkan, menilai dan mengesan kurikulum merentasi masa. Logik dalaman menyeluruh jelas melibatkan urutan proses pengeluaran dengan input dan output yang terdiri daripada rancangan dan pelajar. Manakala menurut Mouritz Johnson (1967), mengusulkan bahawa kurikulum ialah hasil npembelajaran yang dihasratkan. Secara keseluruhannya model ini mengukur kefahaman tentang kurikulum tetapi tidak dapat meninggalkan kesan huraian yang jelas tentang logik dalaman kurikulum. Wheeler (1967), mengusulkan bahawa carta aliran ialah proses kurikulum, iaitu proses pembinaan dan perkembangan kurikulum. Menurutnya, proses ini perlu berorientasikan masyarakat, individu dan aspek warisan budaya yang menjadi tugas sekolah untuk memancarkannya kepada murid. Perkembangan kurikulum mempunyai lima fasa; iaitu penilaiann pemerolahan tujuan (1), fasa penilaian pemilihan pengalaman pembelajaran (2), fasa penilaian pemilihan isi (3), fasa penilaian prinsip dan prosedur untuk menyusun serta menyepadukan pengalaman (4) dan akhirnya fasa penilaian (5). Fasa penilaian ini juga sentiasa menyerap fasa lain yang telah disebutkan (1,2,3 dan 4). Ini kerana perkembangan kurikulum melibatkan pengumpulan dan penilaian data dan perumusan hipotesis untuk mengadakan eksperimen. Eksperimen ini bertujuan untuk menguji penentuan yang dilakukan dan memperoleh keputusan untuk menegaskan apakah penentuan tersebut memadai atau tidak. Oleh sebab kurikulum dibentuk oleh masyarakat, maka hasilnya perlulah sentiasa sekata dengan nilai, permintaan dan masalah masyarakat. Secara keseluruhannya, Wheeler (1967) memetakan berbagai-bagai pembolehubah yang berkait dengan tujuan, isi, pengalaman dan penilaian serta logik dalaman bagi modelnya juga melibatkan tindakan, empiris eksperimen. Kurikulum menurut model ini dinilai juga secara empiris untuk menjadikan hasilnya sekata dengan nilai, pemintaan dan masalah masyarakat. Model Kurilukum Tyler (1949), adalah berdasaskan kepada objektif dan proses. Di dalam bukunya Basic Principles of Curriculum and Instruction, Tyler member definisi kurikulum sebagai pelajaran yang dirancang, dikelola dan dilaksanakan oleh pihak sekolah untuk mencapai matlamat pendidikan yang ditentukan. Mengikut beliau, objektif pelajaran hendaklah merangkumi dua aspek yang berkaiatan, iaitu: (a) Perkembangan tingkah laku kendiri pelajar (b) Isi kandungan mata pelajaran yang beroperasi dengan tingkah laku pelajar. Tyler berpendapat bahawa dengan adanya pernyataan objektif pelajaran dalam sesuatu kurikulum guru akan dapat merancang dan pembelajaran berdasarkan obkektif pelajaran yang dinyatakan dalam kurikulum itu. Maka, Tyler mencadangkan empat perkara utama yang harus dirangkumi dalam kurikulum sekolah, iaitu: (a) Perkara dan aktiviti yang harus dilakukan oleh guru. (b) Topik dan konsep untuk setiap pelajaran hendaklah disenaraikan. (c) Tingkahlaku bersama dengan objektif perkembangannya hendaklah dinyatakan dalam setiap topik pelajaran. (d) Objektif pelajaran hendaklah dinyatakan dalam bentuk objektif eksplisit agar menjadi panduan guru untuk menghasilkan perubahan tingkah laku pelajar. Berdasarkan huraian tersebut, Tyler mengusulkan suatu Model Kurikulum yang mengandungi perkara-perkara berikut: (a) Matlamat pendidikan yang harus dicapai. (b) Isi pelajaran yang berdasarkan objektifnya. (c) Metodologi yang digunakan untuk melaksanakan kurikulum berdasrkan objektifnya. (d) Penilaian untuk mengukur keberkesanaan pengajaran dan pembelajaran. Model kurikulum Taba (1945) adalah berlandaskan kepada Kurilukum Sekolah Dewey (1896-1904) dan Laporan Jawatankuasa Kajian Kurikulum (1933-1941) di USA dalam Mok Soon Seng, Kursus PTK(Pengurusan Kurikulum). Di bawah kurikulum sekolah Dewey, objektif pelajaran ditentukan berdasarkan falsafah pragmatism yang mengandungi lagik penyelesaian masalah malalui aktiviti inkuiri-penemuan. Selepas mengkaji Kurilukun Sekolah Dewey, Jawatankuasa Kajian Kurilukum (1933-1941) USA, menyenaraikan empat kompenen utama berikut sebagai garis panduan untuk melaksanakan sesuatu kurikulum sekolah: (a) Pengenalpastian objektif-objektif kurikulum. (b) Penentuan kaedah dan strategi untuk mencapai objektif-objektif kurikulum. (c) Organisasi kaedah dan strategi. (d) Penilaian untuk pencapaian objektif. Taba bersetuju dengan Dewey bahawa kurikulum sekolah harus ditentukan berdasarkan logik penyelesaian masalah dan strategi berpusatan pelajar sebagai objektif- objektif utama. Dengan garis panduan daripada Loporan Jawatankuasa Kajian Kurikulum, beliau mengusulkan suatu Model Kurikulum yang lebih lengkap dan mantap seperti berikut: (a) Diagnosis atas permintaan kurikulum. (b) Ringkasan objektif-objektif kurikulum. (c) Pemilihan isi kandungan kurikulum. (d) Organisasi isi kandungan kurikulum yang dipilih. (e) Pemilihan pengalaman pembalajaran. (f) Organisasi pengalaman pembelajaran yang dipilih. (g) Pengukuran dan penilaian. Model kurikulum Stenhouse (1975), adalah berlandaskan kepada model proses dan tidak bermula dengan objektif pengajaran dan pembelajaran sebagai komponen utama dalam sesuatu kurikulum. Stenhouse bersetuju dengan Peters (1966) dalam Mok Soon Seng, Kursus PTK (Pengurusan Dan Kurikulum) bahawa pemilihan isi kandungan kurikulum harus berdasarkan nilai justifikasi. Mengikut Peters, aktiviti-aktiviti kurikulum seperti Sains, Sejarah dan Kesusasteraan mengandungi isi kandungan kognitif dan boleh membawa banyak sumbangan kepada kehidupan. Sehubungan ini, Stenhouse mengusulkan pembentukan kurikulum berdasarkan prinsip-prinsip pemilihan isi kandungan dari segi kriteria dan tidak perlu bergantung kepada objektifnya. Maka, Model Kurikulum Stenhouse merangkumi aktiviti-aktiviti berikut: (a) Aktiviti yang membolehkan pelajar-pelajar membuat keputusan dan refleksinya diri sendiri. (b) Aktiviti yang memerlukan pelajar-pelajar melibatkan diri mereka secara aktif dalam situasi pembelajaran. (c) Aktiviti yang membolehkan pelajar-pelajar menyelesaikan masalah mengikut kebolehan masing-masing. (d) Aktiviti yang memerlukan pelajar- pelajar menggunakan pengamatan dan gaya intelek untuk memerhati situasi dan idea baru serta aplikasi dalam suatu proses intelek. (e) Aktiviti yang melibatkan pelajar-pelajar dan guru dalam penanggungan risiko kejayaan atau kegagalan. (f) Aktiviti yang melibatkan pelajar-pelajar dalam aplikasi bersama dengan penguasaan peraturan-peraturan, piawai atau displin. Model Kurikulum Stenhouse, jika dikaji banyak bergantung kepada kemahiran guru untuk melaksanakannya dengan berkesan. Ini adalah kerana Stenhouse menitikberatkan proses pengajaran guru lebih daripada pemilihan isi kandungan dalam kurikulum. Kerjaya perlaksanaan kurikulum amat bergantung kepada kemahiran guru yang diperlukan untuk merancang dan melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berdasarkan garis panduan aktiviti-aktiviti yang disenaraikan dalam model kurikulum tersebut. Sehubungan ini, Stenhouse mencadangkan bahawa guru memainkan peranan sebagai penyelidik dan mengkaji masalah pendidikan dari semasa ke semasa dengan tujuan mempertingkatkan kualiti dan kemahiran mereka dalam perancangan serta perlaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. BINCANGKAN KURIKULUM SECARA UMUM DI MALAYSIA Kurikulum merupakan dokumen bertulis yang melakarkan isi mata pelajaran yang diajar. Apa sahaja yang diajar di sekolah merupakan kandungan mata pelajaran yang diajar menerusi pelbagai mata pelajaran, pelbagai pilihan disiplin ilmu pengetahuan, pelbagai rumusan masalah berkaitan kehidupan seharian, dan pelbagai cara penyusunan yang lain. Isi pelajaran tetap merupakan teras kurikulum walaupun disusun dalam pelbagai cara dalam kurikulum sebagai mata pelajaran (Beuchamp 1968 dalam Kamarudin & Siti Hajar 2004). Merujuk kepada Kementerian Pelajaran Malaysia, kurikulum kebangsaan merupakan suatu wadah program pendidikan yang melibatkan aktiviti kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan, dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental, dam emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan (Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan Kurikulum Kebangsaan) Pendidikan 1997 Jadi secara amnya kurikulum juga boleh ditaktifkan sebagai segala rancangan yang dikehendaki oleh sesebuah sekolah ataupun sesebuah institusi pelajaran bagi memenuhi matlamat pendidikan (Buku Laporan Jawatankuasa Kabinet,1979, dipetik dari Abdullah Sani, 2005: 144). Oleh sebab itu, kurikulum itu perlu memenuhi kehendak falsafah, matlamat pendidikan, dan wawasan negara. Di Malaysia, beberapa perubahan baru telah berlaku dalam arena pendidikan. Berdasarkan syor-syor yang terkandung dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran (1979), Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) telah dilaksanakan di semua sekolah rendah mulai tahun 1983. Berikutan itu, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) turut dilaksanakan di sekolah-sekolah menengah mulai tahun 1989. Akta Pelajaran (1961), menyatakan pada peringkat KBSR dan KBSM ada mata pelajaran yang membolehkan pelajar membuat pilihan yang dikenali sebagai mata pelajaran tambahan yang terdiri daripada bahasa Cina, Tamil, Arab dan yang terbaru adalah Bahasa Iban. Hal ini penting bagi memupuk semangat cintakan bahasa ibunda agar ianya tak lekang dek panas dan tak lapuk dek hujan. KBSR dan KBSM digubal berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). FPK menekankan perkembangan individu secara menyeluruh dan bersepadu ke arah melahirkan insan yang baik berdasarkan kepercayaan, keyakinan serta kepatuhan kepada Tuhan. FPK merupakan aspirasi pendidikan negara. Semua warga pendidikan diharap akan berganding bahu dan berusaha dengan gigih agar FPK dapat dicapai demi kemakmuran negara kita. Andai semua pihak yang bertanggungjawab memainkan peranan masing-masing FPK sudah pasti memberi kesan yang positif. Bagi melihat kesan FPK yang ketara, kita mungkin perlu menunggu masa satu atau dua generasi kehidupan. Reka bentuk kurikulum di Malaysia bermula dengan Laporan Razak (1956) yang mencari jalan untuk memansuhkan perbezaan dalam kurikulum sekolah-sekolah Melayu, Cina, Tamil, dan Inggeris sambil mengekalkan bahasa pengantar masing-masing. Jawatankuasa Sukatan Pelajaran ditubuhkan pada tahun 1956 untuk merumuskan sukatan pelajaran yang sesuai dan juga untuk mengesyorkan jumlah masa pelajaran bagi setiap mata pelajaran. Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan pada tahun 1974 untuk mengkaji pelaksanaan dasar pendidikan dan juga menyentuh tentang aspek kurikulum bagi memastikan bahawa ia memenuhi tuntutan bagi keperluan tenaga rakyat dalam pembinaan ekonomi, sambil memenuhi tuntutan untuk melahirkan masyarakat bersepadu dan berdisiplin selaras dengan pembinaan sifat-sifat kemanusiaan (Mohd Daud, 1994 halaman 100). Kurikulum di Malaysia juga dapat dibahagikan kepada dua reka bentuk kurikulum iaitu reka bentuk kurikulum yang berasaskan standard dan kurikulum berbentuk modular. Kurikulum yang berbentuk standard adalah berasaskan standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid. Manakala kurikulum yang berbentuk modular mengandungi kandungan yang telah diorganisasi dan disampaikan dalam bentuk bahagian atau unit dan bahagian unit inilah yang dinamakan modul. (Kementerian Pelajaran Malaysia 2009). Oleh yang demikian, Kurikulum Kebangsaan di Malaysia berasaskan kedua-dua rekabentuk kurikulum tersebut. Tujuan utama penetapan standard dalam Kurikulum Kebangsaan adalah untuk ekuiti dan kualiti. Peluang pendidikan yang sama akan diberikan kepada semua murid untuk tujuan ekuiti bagi penetapan standard pendidikan. Kualiti pula membawa maksud bahawa semua murid perlu diberi pendidikan yang berkualiti. Standard kandungan merupakan pernyataan spesifik tentang perkara yang murid perlu ketahui dan boleh dilakukan dalam suatu tempoh persekolahan yang merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Manakala aspek pembelajaran pula adalah merupakan satu penetapan kriteria atau indikator pencapaian dalam bentuk objektif tingkahlaku (behavioural) untuk memastikan pencapaian setiap standard kandungan (Kementerian Pelajaran Malaysia 2009). Manakala kurikulum yang berbentuk modul mengandungi dua jenis modul iaitu Modul Asas dan Modul Bertema. Modul Asas pula terdiri daripada Komponen Bahasa (Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil) Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Permainan Luar dan Matematik. Modul Bertema pula merupakan modul bersepadu yang mengandungi unsur-unsur dalam keenam-enam tunjang dan unsur kreatif, kritis dan inovatif. Modul Bertema ini juga dibina dengan menggunakan isu kehidupan seharian kanak-kanak (Kementerian Pelajaran Malaysia 2009). Kurikulum di Malaysia sentiasa mengalami perubahan dan perkembangan bagi membina dan meningkatkan kualiti kurikulum dalam sistem pendidikan negara. Kurikulum sentiasa digubal bagi membentuk kurikulum yang sesuai selaras dengan pembangunan negara. Di samping itu, penggubalan kurikulum di lakukan bagi menyeragamkan kurikulum yang di gunakan dalam sistem pendidikan. Hal ini berlaku apabila masyarakat mulai sedar tentang kepentingan sistem pendidikan masyarakat dan negara. Kurikulum digubal agar bersesuaian dengan tahap perkembangan indidvidu supaya dapat merangsang pemikiran, membina sikap positif, meningkatkan kecerdasan dan kesihatan ke arah penyuburan optimum. Kurikulum di Malaysia berlandaskan prinsip Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai pendokong matlamat dan wawasan negara. Perancangan dan penggubalan kurikulum ini mengambil kira pandangan dan falsafah serta teori pendidikan serta cara pembelajaran terkini seperti teori pelbagai kecerdasan, teori kecerdasan emosi dan konsep e-pembelajaran (Pusat Perkembangan Kurikulum 2003). Kurikulum di Malaysia adalah bersepadu dan terancang melalui Amalan Bersesuaian Dengan Perkembangan Kanak-Kanak (ABP). ABP ialah satu pendekatan yang menekankan kepada penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan umur, perkembangan diri, kebolehan, bakat serta minat murid. Kurikulum ini berfokus kepada hasil pembelajaran iaitu memberi penekanan kepada apa yang murid perlu faham, tahu dan buat serta amalkan. Kurikulum standard kebangsaan merupakan kurikulum yang terbaru digubal dengan memberi penekanan kepada standard kandungan dan standard pembelajaran yang patut diketahui dan boleh dilakukan oleh kanak-kanak yang berumur empat hingga enam tahun. Kurikulum ini berfokuskan kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar, menekankan kepada inkuri penemuan dan menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran persepadu, bertema, belajar melalui bermain, pembelajaran kontekstual dan pembelajaran berasaskan projek (Bahagian Pembangunan Kurikulum 2009). BINCANGKAN SECARA UMUM KURIKULUM AWAL KANAK- KANAK YANG TERDAPAT DI MALAYSIA Perkembangan optimum dan seimbang kanak-kanak bermula daripada kurikulum yang menarik dan dikendalikan dalam suasana yang riang dan gembira. Belajar sambil bermain dikukuhkan dengan suasana yang merangsang pembelajaran melalui penerokaan dan perbincangan bersama orang dewasa yang berpengetahuan, kanak-kanak dapat mencapai perkembangan yang optimum. Pembangunan kurikulum yang komprehensif bagi perkembangan awal kanak-kanak secara menyeluruh adalah sangat penting kerana ia dapat meneruskan kesinambungan dalam pedagogi pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak yang merangkumi umur dari lahir sehingga selesai persekolahan. Ia merangkumi semua bidang yang kritikal dan penting untuk pembangunan kanak-kanak termasuklah pembangunan untuk kesejahteraan fizikal dan pergerakan motor, pembangunan sosial dan emosi yang meliputi penggunaan pelbagai pendekatan untuk pembangunan pembelajaran dan bahasa. Perkembangan pesat pendidikan prasekolah di Malaysia bermula pada tahun 1970-an yang pada ketika itu lebih dikenali dengan kindergarten atau tadika yang dilaksanakan secara lebih teratur dari tahun-tahun sebelumnya yang pada ketika itu hanya diceburi oleh agensi-agensi kerajaan seperti KEMAS, NGO's clan pihak swasta. Pada tahun 2003, Surat Pekeliling Ikhtisas: Bil: 15/2002, Kementerian Pelajaran Malaysia menetapkan bahawa Kurikulum Prasekolah Kebangsaan hendaklah digunakan oleh semua tadika kerajaan, bantuan kerajaan, NGO's dan swasta mulai 1 Januari 2003 (Laman Sesawang Prasekolah Baling Sik, 2009). Pendidikan awal kanak-kanak (PAKK) di Malaysia telah menjadi satu industri yang bercambah dengan pesatnya sejak kebelakangan ini namun inisiatif Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk menginstitusikan PAKK hanya bermula di sekitar tahun 1990-an melalui beberapa peraturan dalam Akta Pendidikan 1996. Inisiatif terkini KPM adalah membangunkan panduan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KPK) pada tahun 2003 yang kemudiannya dikemas kinikan pada tahun 2010 untuk menghasilkan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Pembaharuan dalam kurikulum prasekolah kebangsaan ini diadakan bagi menangani masalah yang dihadapi oleh para pendidik dalam menterjemahkan teori ke dalam dunia praktikal (Farida Yunus & Hasnah Toran, 2010). Garis Panduan Kurikulum Prasekolah merupakan salah satu kurikulum yang terdapat di Malaysia yang telah digubal buat pertama kali semasa projek imbuhan dijalankan pada tahun 1973 hingga 1983. Sempena dengan perlaksanaan program pendidikan prasekolah ‘annex’ iaitu penubuhan tadika di sekolah rendah seluruh negara maka garis panduan yang sedia ada pada masa itu disemak semula mengikut perkembangan semasa dan keperluan agensi yang menjalankan pendidikan prasekolah. Garis panduan itu telah diterbitkan pada tahun 1993. Akta Pendidikan 1996 telah menaikkan martabat pendidikan prasekolah dengan memasukkan pendidikan prasekolah ke dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan. Sehubungan dengan itu satu garis panduan kurikulum prasekolah yang juga dipanggil kurikulum prasekolah telah diterbitkan pada tahun 1998 dan dikuatkuasakan penggunaannya mulai 1 Januari 1999 untuk semua tadika di negara ini. Hal ini, bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah (Garis Panduan Pendidikan Prasekolah di Malaysia 1993). Komponen kurikulum prasekolah berdasarkan garis panduan ini ialah komponen bahasa dan komunikasi, komponen perkembangan kognitif, komponen kerohanian dan moral, komponen perkembangan sosioekonomi, komponen perkembangan fizikal, serta komponen kreativiti dan estetika (IPGM Kampus Dato’ Razali Ismail, 2009). Kurikulum PERMATA juga merupakan kurikulum yang digunapakai dalam rujukan pengajaran di prasekolah yang telah dibentuk oleh pakar-pakar pendidikan awal kanak-kanak dari kalangan pensyarah-pensyarah universiti. Ia dibentuk bagi memberi panduan kepada pendidik-pendidik mengenai pengurusan taska atau Pusat Anak Permata Negara (PAPN) mengenai pedagogi pendidikan dan asuhan kanak-kanak yang terbaik bagi meningkatkan kecemerlangan potensi kanak-kanak. Kurikulum ini mencakupi aspek-aspek kaedah berinteraksi dengan kanak-kanak yang boleh memberikan pengalaman pembelajaran yang maksimum, kaedah pegasuhan secara holistik, di samping panduan merancang aktiviti untuk menaksir perkembangan kanak-kanak, merefleks dan mengadakan kerjasama pintar dengan ibubapa dan ahli keluarga serta masyarakat (Aminah Ayob et al. 2008). Kurikulum PERMATA berbeza kerana ianya memberi penekanan kepada pembangunan kanak-kanak secara holistik dalam aspek kemahiran kognitif, sosio-emosi, komunikasi dan fizikal. Antara ciri-ciri penting dalam kurikulum PERMATA ialah skop kurikulum PERMATA meliputi perkembangan sosio emosi, sahsiah dan kerohanian, perkembangan bahasa, komunikasi dan literasi awal, perkembangan pra-matematik dan pemikiran logik, perkembangan deria dan pemahaman dunia, perkembangan fizikal dan kemahiran mengurus diri, serta aspek asuhan meliputi keselamatan, pemakanan seimbang, penjagaan dan amalan asuhan (PERMATA Negara, 2010). Pada masa sekarang, Kurikulum standard prasekolah kebangsaan merupakan kurikulum yang terbaru digubal dengan memberi penekanan kepada standard kandungan dan standard pembelajaran yang patut diketahui dan boleh dilakukan oleh kanak-kanak yang berumur empat hingga enam tahun. Kurikulum ini berfokuskan kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kanak-kanak, menekankan kepada inkuri penemuan dan menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran bersepadu, bertema, belajar melalui bermain, pembelajaran kontekstual dan pembelajaran berasaskan projek. Antara bentuk kurikulum standard prasekolah kebangsaan adalah meliputi komunikasi, kerohanian, sikap dan nilai, kemanusiaan, ketrampilan diri, fizikal dan estetika, serta lestari dan sains teknologi (Bahagian Pembangunan Kurikulum 2009). Kurikulum kebangsaan adalah berasaskan kepada Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak (KAAK) dan kurikulum PERMATA. Kurikulum PERMATA mengandungi garis panduan kepada pendidik-pendidik dan pihak yang menguruskan Taska atau Pusat Anak Permata Negara (PAPN) bagi kanak-kanak yang berumur di bawah 4 tahun mengenai pedagogi pendidikan dan asuhan kanak-kanak yang terbaik bagi meningkatkan kecemerlangan potensi kanak-kanak. Kurikulum ini mencakupi aspek-aspek kaedah berinteraksi dengan kanak-kanak yang boleh memberikan pengalaman pembelajaran yang maksimum, kaedah pengasuhan secara holistik, panduan merancang aktiviti untuk mentaksir perkembangan kanak-kanak, merefleks dan mengadakan kerjasama pintar dengan ibu bapa dan ahli keluarga serta masyarakat. Selain itu, kurikulum ini berkonsepkan permainan, penerokaan, berfokus dan terancang sesuai dengan umur kanak-kanak tersebut. Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengorak langkah awal dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak pada tahun 1970 dengan memulakan projek rintis sebanyak 13 buah kelas di bawah biayaan Yayasan Bernard Van Leer. Kementerian Pelajaran Malaysia mula melaksanakan program pendidikan awal kanak-kanak yang lebih dikenali sebagai pendidikan prasekolah "annex" 1992, berdasarkan mesyuarat Jemaah Menteri 18 Disember 1991 bersetuju mewujudkan sebanyak 1,131 buah kelas prasekolah. Bagi melaksanakan keputusan tersebut, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengorak langkah awal bermula pada tahun 2000 dalam menggubal kurikulum prasekolah yang dikenali sebagai Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. Satu program rintis telah dilaksanakan di 100 buah sekolah di seluruh negara pada tahun 2002 bagi memastikan keberkesanan kurikulum tersebut (Laman Sesawang Prasekolah BalingSik, 2009). Semenjak dilancarkan Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) Pendidikan, bermula pada Januari2010, daripada 1353 yang dirancang untuk beroperasi pada tahun 2010, sebanyak 987 buah telahpun beroperasi mengikut pecahan. Kurikulum PERMATA dirujuk daripada model Pen Green tetapi telah diperkayakan dengan ciri kebudayaan Malaysia. Kurikulum PERMATA mempunyai enam bidang pembelajaran iaitu perkembangan emosi, rohani dan social; perkembangan bahasa, komunikasi dan literasi awal; perkembangan pra matematik dan pemikiran logik; perkembangan deria dan pemahaman dunia persekitaran; perkembangan fizikal, koordinasi motor dan pengurusan diri; dan perkembangan daya kreativiti dan estetika. Kurikulum Prasekolah Kebangsaan pula digubal sebagai usaha untuk menyelaras dan meningkatkan kualiti pendidikan prasekolah bagi kanak-kanak yang berumur 5-6 tahun. Ianya menjadi satu dokumen rujukan standard kepada semua pengusaha tadika seperti yang terdapat dalam pindaan Akta Pendidikan 1996 (Pendidikan Prasekolah). Kurikulum Prasekolah Kebangsaan merangkumi aspek-aspek yang diperlukan dalam perkembangan kanak-kanak yang universal iaitu perkembangan bahasa dan komunikasi, perkembangan kognitif, kerohanian dan moral, sosioemosi, fizikal serta kreativiti dan estetika. Kurikulum Prasekolah Kebangsaan memberi penekanan kepada komponen Bahasa dan Komunikasi sebagai usaha untuk meningkatkan literasi murid dalam bahasa, kemahiran berinteraksi dan komunikasi serta membina keyakinan murid menghadapi pelbagai cabaran dalam era globalisasi dunia. KESIMPULAN Kehendak-kehendak kurikulum sekolah perlu dilaksanakan di semua sekolah. Jawatankuasa kurikulum sekolah adalah sebuah jawatankuasa professional yang penting bagi melaksanakan pencapaian matlamat kurikulum di sekolah supaya selaras dengan falsafah dan matlamat pendidikan negara iaitu melahirkan insan yang seimbang dan kehendak-kehendak kurikulum kebangsaan tidak dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya dan menyeluruh kerana terdapat beberapa kekangan yang masih menjadi penghalang utama kepada perlaksanaan ini. Memandangkan bukan sahaja penglibatan guru, pihak NGO, atau pihak yang tertentu malah penglibatan ibu bapa dianggap memang signifikan dalam proses pendidikan kanak-kanak, maka Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai pihak yang bertanggungjawab perlu memasukkan elemen sesuai yang boleh memberi skop yang lebih meluas untuk keberkesanan proses pembelajaran kanak-kanak di prasekolah. Oleh itu, kerjasama pelbagai pihak amat diperlukan bagi mengatasi kekangan-kekangan yang timbul. harmonis dari segi intelek, rohani, jasmani, dan emosi. Perkara ini perlu diberi perhatian yang sewajarnya memandangkan trend yang wujud dan banyak isu yang sentiasa menjadi bualan dalam sistem pendidikan prasekolah di Malaysia. BIBLIOGRAFI Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) dan Peraturan- peraturan Terpilih. International Law Book Services, 2001( ms 1-98 dan 129- 1440). Akta pelajaran (1961), Diperolehi pada 28 ogos 2010 daripada http://www.scribd.com/doc/18935544/Penyata-Razak Aminah Ayob, Mastura Badzis, Rohani Abdullah, Azizah Lebai Nordin dan Mahani Razali (2008), Kurikulum Permata. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. Bahagian Pembangunan Kurikulum 2009: Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Kementerian Pelajaran Malaysia. Kuala Lumpur. Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) Pendidikan (2010). Diperolehi pada 28 0gos 2010 daripada http://skguarchempedak.com/v2/wpcontent/uploads/ downloads/2010/07/1275279590.pdf Burtonwood, N. (1986). The Culture Concept in Educational Studies. Wisdor: NFER- Nelson Department of Education and Sciences (DES) (1990), Starting with Quality, London, HMSO. Farida Yunus & Hasnah Toran (2010), Kajian Awal Adaptasi Silang Budaya Ke Atas Instrumen Penaksiran Autentik Untuk Kanak-kanak Berumur 3 Hingga 6 Tahun. Diperolehi pada 28 ogos 2010 daripada http://pkukmweb.ukm.my/~fpendidikan/siswazah/prosiding/jilid%202%202010/bil%207%20kajian%20adaptasi.pdf Garis Panduan Pendidikan Prasekolah di Malaysia (1996), Diperolehi pada 3 ogos 2010 daripada http://ipgmkdriprasekolah.blogspot.com Goodlad, J.I. (1966). The Development of a Conceptual System for Dealing with Problems of Curriculum and Instruction. Los Angeles: University of Califoenia Institute for Development and Educational Activities. Inlow, G.M (1966). The Emergent In Curriculum. New York: Wiley IPGM Kampus Dato’ Razali Ismail. 2009. Pendidikan Prasekolah Di Malaysia, http://ipgmkdriprasekolah.blogspot.com/2009_06_01_archive.html pada 28 Ogos 2010 Johnson, M. (1967). “ Definitions and Models in Curriculum Theory”. Educational Theory, 17, hlm. 127-140. Kamarudin Hj. Husin & Siti Hajar Abd Aziz. (2004). Pedagogi Asas Pendidikan. Kuala Lumpur : Karyazano Enterprise Kementerian Pelajaran Malaysia (2009). Reka Bentuk Kurikulum . Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia (2009) Laman Sesawang Prasekolah BalingSik. 2009. Pengurusan Kurikulum. Diperolehi pada 28 ogos 2010 daripada http://saabd.net/pra/news.php Laporan Jawatankuasa Kabinet. (1979). Mengkaji Pelaksanaan Dasar, Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia. Mastura Bazdis (2008), Pendidikan Anak-anak di Peringkat Awal Umur Berasaskan Binaan Kurikulum yang Integratif. Jurnal Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC). Universiti Pendidikan Sultan Idris. Malaysia. Diperolehi pada 24 ogos 2010 dari http://www.mindamadani.my/content/view/186/2/ Mohd Daud Hamzah (1994). Reka Bentuk Kurikulum Sekolah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia. Mok Soon Seng (2007), Kursus PTK (Pengurusan Kurikulum). Multimedia ES Resources Sdn Bhd: Kuala Lumpur. Neagley, R.L Dan N.D. Evans. (1967). Handbook For Effective Curicculum Development. Englewood Cliffs: Prentice Hall. PERMATA Negara. 2010. Kurikulum Permata. Diperolehi pada 28 0gos 2010 daripada http://www.permata.jpm.my/kurikulum.asp Pusat Perkembangan Kurikulum. (2003). Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia. Saylor, J.G dan W.M. Alexander (1974). Planning Curriculum for Schools. New York: Holt. S. Howard Nicholls dan Audrey Nicholls, (1987). Perkembangan Kurikulum: Satu Panduan Praktis (Terjemahan), Kuala Lumpur: Dewan Budaya dan Pustaka. Stenhouse, L. (1975). An Introduction to Curriculum Research and Development. London: Heinemannn. Taba, H. (1945). “ General Techniques of Curriculum Planning” dlm. R.W. Tyler (ed.) American Education in the Postwar Period; Fourty-fourth Year Book of the National Society for the Study of Education, pt. 1. Chicago. University of Chicago. Tyler, E.B.(1949). Basic Principles of Curriculum and Instrusction. Chicago: University Of Chicago. Wheeler, D.K. (1967). Curriculum Process. London: University of London. Zaini B. Abdullah (2002). Falsafah Dan Kurikulum Pendidikan: Petaling Jaya: Prentice Hall. Zais, R.S. (1976). Curriculum: Principles and Foundations. New York: Thomas Crowell.

Tidak ada komentar:

Poskan Komentar